Jom "Click"

Sunday, October 31, 2010

Opah...

Cuti minggu lepas aku balik kampung (Pasir Salak, Perak) sebab opah aku sakit. Last aku jumpa ngan opah masa raya hari tu... masa tu aku tengok dia sihat lagi. Tapi masa aku balik kg kali ni opah dah tak boleh bangun.. terbaring jek.. sian opah. suara dia pun dah takleh nak kua.. kaki sebelah kiri dia dah takleh nak gerak.. selama ni opah mmg tak reti nak dok diam. ader je keje yg dia nak buat. kali ni dia cuma leh terbaring je.. sian aku tengok. Tok aku la yg dok melayan opah aku skrng ni. nasib baik cu dok sekali ngan opah n tok kalo tak tok sorang2 kena layan opah.. Hani harap opah cepat sembuh ye.. Hani sayang Opah...


Bersama Opah di Hari Raya 2010

Tuesday, October 26, 2010

Uhuk... Uhuk... Uhuk...

Hari ni MC... Dok umah mak. Pagi2 lagi dah suruh hubby hantar g umah mak.. nak rest kat umah mak sambil manja2 soh mak layan.. heheheh. Batuk ni membuat kepala aku sampai pening.. malam tadi mmg tak boleh nak tido sebab batuk+pening+selsema+demam... tak larat betol rasa badan mcm ni...

Sunday, October 24, 2010

Adoi....




Aduhai... Badan rasa nak demam balik la... Dah start dgn selsema n batuk2.. Minggu lepas demam pastu terus jangkit kat hubby.. Cian dia.. kali ni dia demam teruk betol. sampai 3 hari mmg tak leh nak bangun. Takpernah aku tengok dia sampai camtu sekali.. Dah 13 tahun aku kenal dia dan 2 tahun lebih aku dah hidup sama ngan dia tak pernah dia demam macam tu.. sian aku tengok dia. Selalunyer kalo demam pun dia mesti kuatkan diri dia gak. Tapi kali ni mmg dia kalah dengan demam. Terbaring/tido jek sepanjang hari. Tapi semalam dia dah ok dah, terus jangkit kat aku balik... aduh...... Mata dah rasa panas.. hidung dah sakit2.. pale pun dah start pening.. badan dah rasa sejuk2.. tu tanda  nak demam tu... tak larat la camni.......

Monday, October 18, 2010

Kekanda Adinda

Lagu Tema 8 Bulan - Kekanda Adinda

Verse_1

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

----------------------------------
lagu / lirik oleh: loQue
dipersembahkan oleh : monoloQue / Atilia
hakcipta terpelihara:
P&C: Penerbitan Pancasona 2010


Sunday, October 17, 2010

Perkahwinan Ku....

Pada Tanggal 30/5/2008 Aku telah selamat menjadi seorang isteri kepada Mohd Ali Fadzeil Bin Abdul Rahman (suami tercintaku).. Aku telah bertukar status dari "BUJANG" kepada "BERKAHWIN" heheheh. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yg solehah dan ibu kepada anak2 kami nanti. dan dia menjadi suami yg soleh serta dapat membimbingku ke jalan yg lebih diredhai..Aku juga memohon kepada Allah semoga Perkahwinan kami ini dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah serta kekal ke akhir hayatku... Amin.. InsyaAllah...

Ciuman Pertama dari Seorang Suami yg Tercinta
 





 



My Lovely Family



My Mertua Family









Bersama BFF dihari Perkahwinanku.. Thanks all.. Frenz 4-ever... Muahhhhhhhh


Siapa Aku..

Ini la aku.... Azlen Hani anak kepada En Nordin + Pn Akidah.. Skrng ni telah menjadi isteri kepada Mohd Ali Fadzeil Bin Abdul Rahman.
                                                                  

Mohd Ali Fadzeil Bin Abdul Rahman



Kami

Hari Ini

Hari ini aku mula nak berjinak2 dgn blog. Tu pun sebab Adzura yg dok ajak2 join berblog ni.. hehehehe. Apala yg aku nak corat coretkan dlm blog aku ni ek.. Mungkin aku akan ceritakan apa saja yg terjadi pada diri aku dlm bolg ni..Pada sesaipa yg masuk kesini silakan komen apa yg  tak sesuai nanti ek.. Thanks pada saper2 yg membaca blog aku nanti.. :-)