Jom "Click"

Sunday, December 19, 2010

Buah Zuriat a.k.a Buah Hawa


Alhamdulillah aku dpt buah zuriat ni dari mak mertua my BFF. Masa dia nak ke mekah untuk menunaikan haji yg lepas aku ader la kirim doa semoga aku dikurniakan zuriat.. Alhamdulillah dia belikan aku sekali buah zuriat ni.. Terima kasih banyak2 untuk mak mertua Alin.. Tapi, aku tak pasti cara makan buah ni yg sebenar. sebab aku baca tentang buah ni ader mcm2 version nak makan dia. Kalau ader saper2 yg tau cara maknan buah ni, tolongla beritahu caranyer ye... pls.......... Terima kasih..

Tuesday, December 7, 2010

Rumahku Syurgaku..

 

Penat betol nak pindah rumah ni tapi saat yg paling menyeronokkan.. Rumah aku baru jek siap renovation sikit.. bukan buat apa pun.. Cuma pasang tiles dan buat dapur sikit jek.. Cukupla untuk keselesaan kami suami isteri untuk tinggal dlm rumah tu.. Cuti minggu lepas kami habiskan masa mengecat rumah. Aku ni tolong sikit jek yg lain En. Suami aku yg buat.. hahahha. Tension jek dia sebab aku yg beria-ria nak mengecat dari mulanya. Last2 dia yg kena abiskan sorang2.. Excitednyer aku nak pindah rumah..


     
En. Suami tengah mengecat















3 Hari kami dok mengecat barula siap... Lama betol kami mengecatkan.. Mana taknyer.. buat sekejap berhenti. buat sekejap berhenti.. hahahah.. Akhirnyer siap gak Rumahku Syurgaku.. Lepasni proses mengangkat barang2 pulak.. Ada yg kami dah angkat dah, angkat sikit2.. sambung hari pindah ye... daaaaaaaaa

Thursday, November 25, 2010

Benci...

Em.... Pagi2 jumaat ni ingatkan datang opis rasa hepi jek... sebab mula2 sampai opis tadi rasa senang je hati ni. Tapi tiba2 ader org dah spoil kan mood aku la pulak. Rasa mcm nak marah sgt... benci sgt tengok dia... Rasa mcm taknak keje hari ni sebab taknak tengok muka dia.... Menyampah sgt.... Argh... Tak tau nak cakap cam mana perasaan marah aku ni.. Benci...........


Agaknyer kalo aku boleh betukar mcm ni la keadaan aku skrng ni.. huuhuh

Wednesday, November 17, 2010

~~QURBAN~~

Salam Aidil Adha buat sume buat Rakan2 Bloggers sume.. Alhamdulillah tahun ni aku dapat melakukan ibadah Korban. Syukur Alhamdulillah. Masa lembu tu nak disembelih aku kena pegang lembu tu, Takut gak rasanyer. hehehe. 


Inila Lembu yg akan dikorbankan.. Satu lembu dibahagikan kepada 7 bahagian. Aku masuk satu bahagian atas lembu ni..  




Lembu yang dah standby untuk dikorbankan...


Kena pegang lembu yg dikorban. Tengah sembelih tu... uhuhuh


Alhamdulillah telah selamat korban...

Thursday, November 11, 2010

~Faedah Memeluk Isteri~

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. 
 Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

# Em..... Nak kena asik berpeluk ni sebab nak turunkan berat badan la... hehehheheh :-)



Wednesday, November 10, 2010

Renung2kan.. Selamat Beramal....

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, November 9, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-) 

Sunday, October 31, 2010

Opah...

Cuti minggu lepas aku balik kampung (Pasir Salak, Perak) sebab opah aku sakit. Last aku jumpa ngan opah masa raya hari tu... masa tu aku tengok dia sihat lagi. Tapi masa aku balik kg kali ni opah dah tak boleh bangun.. terbaring jek.. sian opah. suara dia pun dah takleh nak kua.. kaki sebelah kiri dia dah takleh nak gerak.. selama ni opah mmg tak reti nak dok diam. ader je keje yg dia nak buat. kali ni dia cuma leh terbaring je.. sian aku tengok. Tok aku la yg dok melayan opah aku skrng ni. nasib baik cu dok sekali ngan opah n tok kalo tak tok sorang2 kena layan opah.. Hani harap opah cepat sembuh ye.. Hani sayang Opah...


Bersama Opah di Hari Raya 2010

Tuesday, October 26, 2010

Uhuk... Uhuk... Uhuk...

Hari ni MC... Dok umah mak. Pagi2 lagi dah suruh hubby hantar g umah mak.. nak rest kat umah mak sambil manja2 soh mak layan.. heheheh. Batuk ni membuat kepala aku sampai pening.. malam tadi mmg tak boleh nak tido sebab batuk+pening+selsema+demam... tak larat betol rasa badan mcm ni...

Sunday, October 24, 2010

Adoi....




Aduhai... Badan rasa nak demam balik la... Dah start dgn selsema n batuk2.. Minggu lepas demam pastu terus jangkit kat hubby.. Cian dia.. kali ni dia demam teruk betol. sampai 3 hari mmg tak leh nak bangun. Takpernah aku tengok dia sampai camtu sekali.. Dah 13 tahun aku kenal dia dan 2 tahun lebih aku dah hidup sama ngan dia tak pernah dia demam macam tu.. sian aku tengok dia. Selalunyer kalo demam pun dia mesti kuatkan diri dia gak. Tapi kali ni mmg dia kalah dengan demam. Terbaring/tido jek sepanjang hari. Tapi semalam dia dah ok dah, terus jangkit kat aku balik... aduh...... Mata dah rasa panas.. hidung dah sakit2.. pale pun dah start pening.. badan dah rasa sejuk2.. tu tanda  nak demam tu... tak larat la camni.......

Monday, October 18, 2010

Kekanda Adinda

Lagu Tema 8 Bulan - Kekanda Adinda

Verse_1

(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

-------------------
Chorus_1:
-------------------

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

----------------------
Verse _2:
------------------------

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

--------------------------
Chorus_2
----------------------------

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini smua demi masa depan keluarga,

(P) dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

-----------------------
Bridge:
-----------------------

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

--------------------------------------
Verse-3
--------------------------------------

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

--------------------------------------
Chorus_3
-------------------------------------

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

---------------------------------------
coda*
---------------------------------------:

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

----------------------------------
lagu / lirik oleh: loQue
dipersembahkan oleh : monoloQue / Atilia
hakcipta terpelihara:
P&C: Penerbitan Pancasona 2010


Sunday, October 17, 2010

Perkahwinan Ku....

Pada Tanggal 30/5/2008 Aku telah selamat menjadi seorang isteri kepada Mohd Ali Fadzeil Bin Abdul Rahman (suami tercintaku).. Aku telah bertukar status dari "BUJANG" kepada "BERKAHWIN" heheheh. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yg solehah dan ibu kepada anak2 kami nanti. dan dia menjadi suami yg soleh serta dapat membimbingku ke jalan yg lebih diredhai..Aku juga memohon kepada Allah semoga Perkahwinan kami ini dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah serta kekal ke akhir hayatku... Amin.. InsyaAllah...

Ciuman Pertama dari Seorang Suami yg Tercinta
 





 



My Lovely Family



My Mertua Family









Bersama BFF dihari Perkahwinanku.. Thanks all.. Frenz 4-ever... Muahhhhhhhh


Siapa Aku..

Ini la aku.... Azlen Hani anak kepada En Nordin + Pn Akidah.. Skrng ni telah menjadi isteri kepada Mohd Ali Fadzeil Bin Abdul Rahman.
                                                                  

Mohd Ali Fadzeil Bin Abdul Rahman



Kami

Hari Ini

Hari ini aku mula nak berjinak2 dgn blog. Tu pun sebab Adzura yg dok ajak2 join berblog ni.. hehehehe. Apala yg aku nak corat coretkan dlm blog aku ni ek.. Mungkin aku akan ceritakan apa saja yg terjadi pada diri aku dlm bolg ni..Pada sesaipa yg masuk kesini silakan komen apa yg  tak sesuai nanti ek.. Thanks pada saper2 yg membaca blog aku nanti.. :-)