Jom "Click"

Friday, July 29, 2011

SELAMAT BERPUASA



Salam ..Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak..semoga kite menginsafi setiap perbuatan yang lalu..dan Ramadan kali nie memberi seribu satu Rahmat untuk kite semua..Amin..

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Tahun 2011

Friday, July 15, 2011

Jom Karaoke!!


Adoi... lama nyer tak update blog ni. ader cerita tapi mcm malas lak nak menaip.. heheheh.
ok la, aku nak cerita pasal hobi baru aku n En suami di rumah waktu weekends.. Sebenarnyer dah lama tak memekak ni sejak pindah rumah baru ni. Hari tu dok kemas2 balik kotak masa pindah dulu jumpa la pulak Microphone tu balik.. Tu yg dok buat perangai memekak balik tu.. hehehe.
Sekarang ni pantang ader masa terluang jek terus MENGAROK..

En. Suami yg tengah melayan lagu Jamal...






Hehe.. turn aku lak memekak..



Aku nyebok kat En. suami yg tengah nak nyanyi..


*Gambar kurang memuaskan sebab aku guna fon camera jek..

Esok hari sabtu, so......... kita MENGAROK lagi.... hehhehehe

Wednesday, July 6, 2011

Jatuh Cinta Pada CITY HUNTER


Aku sekarang ni betol2 jatuh cinta dgn CITY HUNTER ni.. Tayangan di Astro  OneHD (393) baru je apisod 2 *walaupun org ckp aku terlambat pun takpala*. Cerita dia mmg layan sungguh disamping hero yg Hensemmmm    LEE MIN HO..
Tak sabar betol aku nak tunggu setiap Isnin dan selasa jam 9.10 mlm.. lepas ni isnin ngan selasa susahla aku nak keluar sebab nak kena layan citer ni.. best sesangat...
ni ader info mengenai cerita City Hunter ni.

Title: City Hunter
Genre: Drama, Romance, Comedy, Action
Episodes: 20
Air time (oneHDAstro 393): Monday & Tuesday 21:10 

Cast

Lee Min Ho as Lee Yoon Sung
Park Min Young as Kim Na Na
Lee Joon Hyuk as Kim Young Joo
Hwang Sun Hee as Jin Soo Hee
Goo Ha Ra as Choi Da Hye
Chun Ho Jin
Kim Sang Joong
Lee Hyo Jung
Lee Kwang Soo
 





Monday, June 27, 2011

Tenkiu TGV Cinemas & Nuffnang



Thanks TGV Cinemas & Nuffnang for My Birthday present...
Minggu lepas baru aku perasan ader email dari Nuffnang untuk birthday present ni. Aku pun dok baca2 email tu pastu baca punyer baca... eh.. Nuffnang kasi 4 Tiket wayang la dari TGV. Aku mmg takleh nak kua g amik la kan sebab masa kerja, nasib baik En suami sudi melayan aku ni ha.. En Suami la yg tolong pergi amikkan tiket tu di Opis Nuffnang. Terima Kasih en Suami ku sayang.. hehehe :D


Tiket yg aku dapat Free. Tengok, dekar RM dia tu RM0.00
  Jadi, cuti weekend yg lepas aku & En suami pun apa lagi, terus la ke Sunway Pyramid sebab kat situ mmg ader TGV untuk layan KL Gangster. Kebetulan memang aku nak sgt tengok Cerita KL Gangster. Dari mula2 cerita ni keluar kitorang nak pegi tengok asik ader hal je yg menghalang kami nak g tengok. *mungkin nak tunggu tiket free ni kot* hehehehhe.

 
Dah alang2 ke Pyramid apa lagi.. sempat la shopping sikit2 sementara nak tunggu masa tayangan Filem tu.








Sekali Lagi aku ucapkan terima kasih TGV & Cinemas..
Lain kali bagi lagi ye...hehehe :D


 




Thursday, June 16, 2011

Selamat Hari Bapa..


Abah, Ayah, bapa, papa, daddy, walid, Baba atau apa saja panggilan korang untuk bapa diluar tu.. Aku sini ingin mengucap selamat Hari Bapa kepada semua bapa dan terutama untuk MY ABAH. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik hani doakan..

Mengimbau balik kenangan bersama abah, pernah sekali tu, zaman aku kanak2 lagi mmg aku betol2 tersentuh sgt dengan apa yg abah lakukan pada aku masa tu. Hari tu, aku demam. jadi, aku tak pegi sekolah lah mmg panas badan aku hari tu dan masa abah dah siap2 nak pegi kerja dia sempat dtg ke bilik aku tengok aku yg sedang demam. aku pun buat2 la tido. hehehe. Tapi, aku terkejut sangat ketika abah pegang kepala aku dan sambil menangis dia harapkan aku cepat2 sembuh. samapai sekarang aku terinagt abah menangis sebab aku. huhuhu..


Abah, Hani sayang sgt kat abah..
Sampai akhir hayat hani.......

Tuesday, May 31, 2011

~~3rd ANNIVERSARY~~

Alhamdulillah.. semalam (30/5/2011) genapla usia perkahwinan kami yg baru mencecah 3 tahun.. Syukur kepada Allah kerana memberi kami kebahagian dan kegembiraan dalam alam perkahwinan ini. Semoga ianya akan berkekalan sehingga akhir hayatku. AMIN...

En. Suami terlalu romantik lak rasanyer semalam.. hehehe. sehari suntuk kami abiskan masa bersama2. terasa mcm zaman bercinta dulu lak. Tapi pagi2 tu dia keluar sattlekan kerja2 dia dulu then dia balik jek aku dah siapkan lunch untuk kami. Tapi aku lupa la nak snap pic lunch kami.. hehehe. lepas jek lunch terus siap2 untuk keluar dating. Bukan kemana pun cuma tengok wayang.. jalan2. shopping2.. tapi rasa mcm seronok sgt pulak semalam.. hehehe. Malamnya pula kami terus ke Nailis Place @Sentul for dinner..  Suasana kat dlm tu dengan diiringi muziknya yg rasa romantik sgt.

Thanks for everything abg..
I love u so much..



















Thursday, May 26, 2011

BZzzzzzzzzz




Bulan ni mmg bz sangat2 kat opis.. So, mmg takder masa nak update blog ni. huhuhu. Balik rumah dah malam mmg dah penat rasanyer.. so.. bersawang la jawpnyer blog aku ni.. huhuhu